fantasy world
Assalammualaikum~ welcome to Cik Bunga Tulip's blog | Dashboard | +Follow
coretan di petang hari
Friday, 6 December 2013 • 17:15 • 0 comments


Assalammualaikum ~

hai korang korang dan korang semua. sihat?? macam mana dengan cuti, best tak? ada pergi holiday tak? ada ye? okey good.holiday pergi mana? pergi dengan kawan-kawan atau family?? sorry banyak tanya tapi nak tanya lagi ni. ada beli ole-ole untuk saya tak? key chain pon jadi lah tapi kalau nak beli kereta sebijik ke lagi okay. takda?? okay bye. taknak kawan. menyorok bawah katil .

Aku dengar-dengar khabar angin mak aku nak bawak aku pegi holiday, tapi cume ke Langkawi. hmm takpelah janji ada jugak berjalan-jalan daripada duduk rumah terperap. bagi yang tak biasa boleh tekanan perasan tapi semestinya bukan perasaan aku kerana aku tiada perasaan. sebab tu kalau ada yang kata aku sombong atau yang sewaktu dengannya aku akan pandang dia dengan muka yang biasa seolah-olah takde ape yang berlaku. lantaklah. 

takda apa sebenarnye yang aku nak kongsi atau cerita dengan korang. update untuk menghilangkan kebosanan. ada sape sape yang ada adik lebih boleh lah hantar kat rumah aku sebab tahap kebosanan aku dah mencecah paras yang merbahaya. tidur bangun tengok tv makan dan tidur balik. itulah kehidupan seharian aku sepanjang bergelar pelajar yang sedang menanam anggur. tak sabar tunggu bulan satu. sebab masa tu tak tanam anggur dah. hmm. ada nak tanya apa apa lagi?

nak tau kenapa aku suke buat perenggan macam ni? sebab mudah nak baca, tak pening kepala. tak serabut lepas tu mule lah nak termuntah bagai. ada yang bijik mata dah macam nak terkeluar. okay? hmm sebenarnye aku baru lepas buat blog orang. dia minta aku tolong buatkan. katanya dia suka dengan blog aku. whatt?? really? takpelah. dah bosan kan, buat aje lah. jadi sape sape yang nak mintak aku tolong buatkan blog. silalah tanya, kalau aku rajin aku buat kalau aku tak rajin korang buatlah sendiri. tawaran dibuka hanya untuk bulan 12 tahun 2013 sahaja. aku agak serabut kalau nak buat blog sebab pening dengan code template. salah buat habis durjana blog kau. 

aku kalau dah menaip memang ikut suka sebab apa yang terlintas di hati dan fikiran itulah yang aku tulis. kalau ayat tu kasar pon lantak lah. blog aku kan. suka hati aku lah. tak suke baca tak payah baca. kalau baca setakat nak cari kesalahan dan kelemahan diri aku korang dipersilakan berambus. tak payah susah susah tambah dosa mengumpat tentang diriku ini. sila buat blog sendiri dan buat post sendiri lepastu baca sendiri. dan akhir sekali carilah kesalahan dan kelemahan sendiri. itu lebih baik :)

apa apa pon kita doakan kawasan kawasan yang dilanda banjir sekarang ni selamat. semoga diorang tabah menghadapi dugaan daripada Allah. okey selamat petang bye bye silalah jaga diri sebab hidup hanya sekali dan fikirkan tentang orang sekeliling yang sayangkan kita. fikirkan perasaan diorang walaupun ada yang takde perasaan. sekian terima kasut ~









PASTFUTURE

owner


Welcome to my blog.Siti Nur Shahirah. 19 y/o. bold italic underline strike

My Quotes
Love is just a word until somebody comes along and gives its meaning

Follow me

History






Heart Throb


zara adelya


zara adelya


jantung hati


si kacak


si kacak


si kacak


kesayangan