fantasy world
Assalammualaikum~ welcome to Cik Bunga Tulip's blog | Dashboard | +Follow
cuti cuti ~
Monday, 25 November 2013 • 20:58 • 0 comments


Assalammualaikum ~


Oemji Oemji cuti dah mula,exam dah habis. tekanan macam dah dicampak buang tapi sebenarnye cuti la yg paling bosan sekali. dan cuti juga membuatkan aku gemok gedempol. bila cuti mula la aku termenung tak tau nak buat apa, jadi aku mengambil kesempatan ini untuk on lappy dan update blog sambil mendengar lagu rahasia perempuan - ari lasso. ye ye aku tau lagu ni dah lama sooo what???? -_- 

1st aku nak cerita pasal exam stpm, hmmm. soalan dia memang, memang macam nak menjahanamkan hidup aku. bondaaaaaa, anakanda nak repeat paper .sungguh anakanda terasa bangang selama 3 hari yang malang  menjawab exam dengan hati yang walang . tskk tskk :'( nasib baik boleh repeat kalau tak memang durjana lah itu MPM. tak ku sangka tak ku duga kerana stpm aku menangis sendu pilu. 

aku tahu cuti sekolah ni budak-budak yang dah lepas spm mesti semua kelam gelabah teruja nak ambik lesen kereta kan, takpe takpe. goodluck adik - adik. jangan over excited sangat ye. pengalaman aku ambik lesen dulu takde yang boleh simpan buat kenangan pon. cume aku lambat sikit ambik lesen sebab aku lahir bulan 12. membe aku yang lain semua dah bangga bawak kereta. aku sorang je dok terkebil kebil lagu tunggu hari jadi. aku paling takut masa part 3 penjuru tu, aku takut terlanggar garisan atau mati enjin. dan yang paling aku tak percaya sekali, paksu aku datang bagi semangat masa aku tengah test tu. fuyoooo.. mungkin sebab aku takde adik beradik lain jadi aku rapat dengan paksu aku ni.

kadang kadang bila nampak dia aku suka jerit. "abanggggg" dengan suka yang sangat gedik, puihhh! aku panggil paksu aku ni abang. tapi dia tak penah pon panggil aku macam tu :( hmm. aku harap tahun ni family aku ade la buat aktiviti yang berguna .dan aku orang pertama yang mencadangkan pergi bercuti. tapi nampaknya macam idea aku tu mendapat sambutan dengan bunyi cengkerik. semua sibuk kerja. kerja kerja kerja. malam baru nampak muka. makan pon nasi kedai je. cuti baru mak aku masak. tibe tibe rasa macam nak ade adik beradik ramai. mesti best. takde lah semua kerja asyik nama aku je yang kena seru. 

bila cuti tv la yang selalu jadi mangsa aku, sampai bosan dah tak bertahap tengok tv tu. cuba letak Jason Godfrey ke kat depan aku, cuti selamanya pon aku sanggup. HAHAHA. tapi semua tu hanya angan-angan belaka. cuti aku hanya akan aku habiskan dengan sia sia. melayan kucings kucings aku. berehat di katil sambil minum secawan kopi atau tidur seperti tidak pernah tidur. ape kejadahnya ada kehidupan yg membosankan. hmmm yang penting aku masih hidup . Malaysia boleh! *tetibe* bhahahaha.

ok lah dah takde ape yang aku nak coretkan di sini. header dan template ni mungkin akan kekal sebab aku malas nak tukar. pening dan serabut dengan segala coding di template. jadi selamat cuti. kalau ada aktiviti yang menyeronokkan hallo hallo lah aku. tapi kalau aktiviti yang lagi sendu daripada aktiviti cuti aku tak payah la hallo hallo. silalah mendurjanakan hidup anda sendiri. sekian terima kaki ~









PASTFUTURE

owner


Welcome to my blog.Siti Nur Shahirah. 19 y/o. bold italic underline strike

My Quotes
Love is just a word until somebody comes along and gives its meaning

Follow me

History






Heart Throb


zara adelya


zara adelya


jantung hati


si kacak


si kacak


si kacak


kesayangan